Jawapan:
Boleh jamak. Tetapi tidak boleh qasar.
Selagi kita sudah meniatkan untuk menjamakkan solat ke ta'khir ketika dalam perjalanan, maka masih boleh solat jamak ta'khir setelah sampai di rumah.
Jawapan:
Boleh jamak. Tetapi tidak boleh qasar.
Selagi kita sudah meniatkan untuk menjamakkan solat ke ta'khir ketika dalam perjalanan, maka masih boleh solat jamak ta'khir setelah sampai di rumah.
Jarak 2 marhalah = 90km
Maksud bermukim = Tinggal Di sebuah tempat selama sekurang-kurangnya 3 hari dan 3 malam.
PERLUKAH SUJUD SAHWI JIKA IMAM MENINGGALKANNYA ?
Soalan :
Assalamualaikum Ustaz, apakah hukum jika imam tertinggal qunut subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya, adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi salam ?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Pertama sekali, perlulah kita ketahui apakah definisi sujud sahwi dan keadaan-keadaan yang menyebabkan berlakunya sujud sahwi.
Menurut kitab al-Feqh al-Manhaji : Al-Sahwu adalah suatu kekurangan yang berlaku pada orang yang sedang solat di dalam solatnya. Sama ada ia berlaku secara sengaja ataupun secara terlupa. Dan sujud - tempatnya di penghujung solat - sebagai jabr (suatu yang menguatkan) kekurangan tersebut. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (1/172).
Perbuatan sujud sahwi ini adalah bersumberkan kepada sebuah kisah yang masyhur sebagai kisah Zul Yadain, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata:
صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم الظُّهْرَ أَو الْعَصْرَ ، فَسَلَّم ، فَقَالَ لَهُ ذُو الْيَدَينِ : الصَّلَاةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنقصت ؟ فَقَال النبيُّ صلى الله عليه وسلم : أَحَقٌّ مَا يَقُول ؟ قالوا نعمْ ، فصلَّى ركْعَتَينِ أُخْرَيَتين ، ثمَّ سَجَدَ سَجْدَتَين
Maksudnya: Nabi S.A.W mengimamkan solat zohor atau asar bersama kami. Kemudian baginda memberi salam. Maka berkata Zul Yadain kepada Nabi : Solat wahai Rasulullah, adakah kau telah mengurangkannya ? Maka Nabi S.A.W bersabda : Benarkah apa yang dia katakan ? Maka para sahabat pun berkata : Ya. Lalu baginda melakukan dua solat yang berbaki, kemudian sujud sebanyak dua kali.
Riwayat al-Bukhari (1169).
Di antara sebab yang menuntut kepada sujud sahwi adalah: Seseorang itu meninggalkan salah satu dari sunat ab’adh di dalam solat. Sunat-sunat ab’adh di dalam solat adalah beberapa perkara berikut:
• Al-Tasyahhud Al-Awwal
• Selawat ke atas Nabi S.A.W selepas tasyahhud yang pertama.
• Duduk untuk tasyahhud awal.
• Selawat ke atas ahli keluarga Nabi S.A.W sesudah tasyahhud akhir.
• Qunut semasa i’tidal pada rakaat kedua solat fajar.
Di antara dalil yang menguatkannya adalah sebuah riwayat daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُم مِنَ الرّكْعَتَينِ فَلَمْ يَسْتَتِمَّ قَائِمًا فَلْيَجْلِسْ ، وَإِذَا اسْتَتَمَّ قَائِمًا فَلَا يَجْلِسْ ، وَيَسْجُدْ سَجْدَتَي السَّهْوِ
Maksudnya: Apabila salah seorang dari kamu bangun daripada dua rakaat, dan masih belum berdiri sempurna maka hendaklah dia duduk. Dan apabila telah berdiri dalam keadaan sempurna, janganlah dia duduk serta dia sujud sebanyak dua kali sujud sahwi.
Riwayat Ibn Majah (1208)
Riwayat di atas menunjukkan bahawa sekiranya seseorang itu terus bangun daripada tasyahhud awal, sekiranya dia telah berdiri dalam keadaan sempurna, hendaklah dia teruskan dan jangan duduk semula. Sebaliknya dia perlu melakukan sujud sahwi.
Kesimpulan
Berdasarkan beberapa penjelasan dan hujah yang kami kemukakan di atas, seseorang imam yang tertinggal atau sengaja meninggalkan doa qunut semasa solat subuh, adalah disunatkan untuk dia melakukan sujud sahwi. Namun sekiranya dia tidak melakukannya, ini tidaklah membatalkan solatnya. Ini kerana, sujud sahwi hukumnya adalah sunat apabila berlakunya sebab-sebab yang tertentu seperti yang telah kami sebutkan.
Manakala bagi makmum pula, adalah menjadi tuntutan untuk dia mengikut imamnya dalam pergerakan solat. Sekiranya imam melakukan sujud sahwi, hendaklah dia turut melakukannya. Namun sekiranya imam tidak melakukan sujud sahwi (apabila telah berlaku sebab yang menuntut), maka tidak perlu untuk makmum melakukannya setelah imam memberi salam. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang benar dalam beragama. Ameen.
Pautan di laman web PMWP https://goo.gl/36T7fs
HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT.
Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang.
Anak Yang Belum Berkhitan.
Masyarakat kita sering memandang kepada anak-anak kecil yang belum berkhitan sebagai sesuatu yang menanggung najis dan boleh membatalkan solat orang yang tersentuh dengannya. Dia juga dikatakan boleh memutuskan saf solat jamaah.
Tetapi, sekiranya kanak-kanak itu dikatakan menanggung najis dengan sebab tidak berkhitan sudah pasti Syariat akan menerangkannya kerana ianya sangat penting di dalam kehidupan kita, sepertimana Syariat menerangkan cara membersihkan air kencing kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Apa yang patut dibincangkan ini, tidak pula disebutkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar apabila membincangkan Bab al-Najasat, atau perkara-perkara yang najis, atau satu bab khas tentang “Najisnya Kanak-Kanak Yang Belum Berkhitan”. Maka apakah ianya hanya satu tanggapan masyarakat kita atau merupakan ijtihad/pandangan sesetengah ulama’ yang terdedah kepada perbincangan.
Jika diteliti hadis-hadis yang dibawa di atas yang meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menggendong Hasan/Husain ketika solat, serta mereka naik ke atas tengkok Baginda, ini memberi maksud budak yang belum baligh tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan solat.
Demikian juga hadis ini:
Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula”.
Mungkin akan dibahaskan bahawa orang Arab adabnya mengkhitankan anak ketika masih bayi, tetapi ditempat kita anak-anak kebiasaannya akan berkhitan apabila habis sekolah rendah. Apakah ia menjadi kotor kerana kulup/najis yang terdapat pada anak itu?
Maka kalau dilihat kepada hukum istinjak menggunakan batu, kesannya tentu tidak habis, dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Soalnya, apakah ia lebih suci daripada kulup? Sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk di saf yang berlainan.
Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang belum berkhitan juga tidak perlu direnggangkan. Wallahu a’lam.
Kesimpulannya, budak yang belum bersunat jika berada di dalam satu saf, ia tetap tidak membatalkan sembahyang seseorang.
Menyentuh Anak Kecil Yang Memakai Lampin.
Perbincangan tentang masalah ini juga sama seperti di atas, iaitu hadis Rasulullah saw mendukung Umamah binti Abi al-‘As dan kisah Al-Hasan dan Husain ra, kalau kita andaikan mereka berdua sudah berkhitan, apakah mereka juga sudah pandai menjaga kebersihan, pergi ke tandas sendiri atau masih menggunakan lampin seperti kanak-kanak lain.
Kemudian, sama-sama kita telitikan pula pandangan ulama’ tentang menyentuh najis secara berlapik atau menanggungnya.
Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya:
“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA” . [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].
Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-
a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.
b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.
Pandangan ulama’ semasa:
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu’ karangan Imam An-Nawawi menyebut:
“Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-’As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.
Maksud daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali, terdapat najis pada pakaian atau tubuh badannnya.
SOALAN :
Ustaz, saya ingin bertanya bilakah sebenarnya habis waktu solat isyak? Katakan saya dengan sengaja atau tak sengaja bangun sebelum jam 5 pagi atau pun sebelum masuk waktu suboh dan mengerjakan solat isyak, adakah sah solat saya tersebut?
JAWAPAN :
Terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tamatnya waktu solat isyak ini. Namun begitu, pandangan yang lebih kuat, ialah, waktu berakhir bagi menunaikan solat isyak adalah sehingga pertengahan malam (iaitu pukul 12 malam).
Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abdulllah bin ‘Amr bin al-‘Ash, Nabi SAW bersabda:
وقت الظهر إذا زالت الشمس وكان ظل الرجل كطوله ما لم يحضر العصر، ووقت العصر ما لم تصفر الشمس، ووقت صلاة المغرب ما لم يغب الشفق، ووقت العشاء إلى نصف الليل الأوسط
Maksudnya: “Waktu Zohor apabila tergelincir matahari, sehinggalah apabila bayang-bayang seseorang lelaki sama dengan ketinggiannya, selagi belum masuk waktu ‘asar. Waktu ‘Asar pula (berterusan) sehingga belum menjadi kuning cahaya matahari. Dan waktu solat Maghrib selama-mana tidak hilangnya Syafaq dan waktu ‘Isyak pula sampai pertengahan malam yang tengah.”
Dalam riwayat lain baginda nyatakan:
ووقت العشاء إلى نصف الليل
Maksudnya: “Dan waktu ‘Isyak sampai setengah malam.”
Wallahu a’lam.