Friday, August 14, 2015

Dakwat melekat di jari. Adakah sah wuduk?

Soalan: Assalamualaikum,
Setelah baru selesai mandi wajib, saya terlihat kesan dakwat pen di jari saya.
Bagaimanakah dengan wudhu dan mandi saya?

Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

wa^alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.Terima kasih kepada saudara yang bertanya.
Dari sudut hukum, bahan yang terkena anggota wudhuk atau anggota mandi wajib dilihat dari beberapa sudut:
1. Bahan tersebut menghalangkan air daripada sampai ke anggota wuduk dan mandi wajib seperti ia membentuk suatu lapisan pada anggota wudhuk dan anggota mandi wajib.
2. Ia tidak menghalangkan air daripada sampai ke anggota wuduk dan mandi wajib. Bahan ini tidak membentuk sebarang lapisan pada anggota wuduk dan anggota mandi wajib.
Jika bahan yang melekat tersebut membentuk lapisan pada kulit seperti cat maka wuduk dan mandi wajib tersebut tidak sah kerana air terhalang dan tidak sampai ke anggota wuduk dan anggota mandi wajib. Wudhuk yang diambil dan mandi wajib yang dilakukan yang tidak sah selagimana kotoran tersebut masih tidak ditanggalkan.
Manakala jika kotoran tersebut tidak membentuk lapisan pada kulit seperti inai biasa (الحناء) dan dakwat pen, maka wuduk dan mandi wajib yang dilakukannya sah kerana air dapat sampai ke anggota wuduk dan anggota mandi wajib tanpa ada sebarang halangan.
Menurut al-Muhaddith al-Faqih al-Arif Billah As-Syeikh Abdullah al-Harari al-Habasyi di dalam Umdah ar-Raghib, halaman 160 :
“ Dan disyaratkan (sah solat) itu dengan ketiadaan penghalang untuk menyampaikan air ke anggota yang dibasuh atau disapu ( ketika berwuduk) seperti lemak yang tebal melekit pada kulit yang boleh menghalang sampainya air kepadanya (seperti juga lilin dan minyak gris). Juga perkara yang boleh menghalang sampainya air iaitu sesuatu yang diletakkan oleh wanita di atas permukaan kuku-kuku mereka yang dinamakan sebagai al-Manakir (pewarna kuku yang berwarna-warni seperti cutex).
والله أعلم وأحكم

11 comments:

  1. Thanks for this infomation😊👍

    ReplyDelete
  2. Sekiranya terdapat kesan cat pada jari,adakah perlu mandi dan ambil wuduk semula atau sekadar basuh pada jari shj?

    ReplyDelete
  3. sekiranya hanya terdapat sedikit cat spray pada kuku... hanya titik yang lebih kecil dari mata pensel.. adakah tidak damaafkan

    ReplyDelete
  4. Macam mana kalau dakwat pen yg kita sudah basuh dengan sabun dan lain ii sampai tangn berasa sedikit pedih tpi dakwat pen ada lagi meninggalkan kesan yang muda..mcam mana dengan wuduk adakah sah

    ReplyDelete
  5. Terkena spray warna sah atau tidak

    ReplyDelete
  6. Mcm mn kalau ada habuk di kuku kaki atau orq panggil taik kuku kaki

    ReplyDelete
  7. Jika selepas mandi tapi masih ada kesan2 halus kotoran minyak di jari adakah sah mandi nya.

    ReplyDelete
  8. Kalau terdapat kotoran di celah-celah cap jari contohnya tanah. Sahkah wudhu?

    ReplyDelete