Soalan: Assalamualaikum.
Apakah hukum najis bagi muntah susu bayi?
Jawapan: بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Syeikh Abdullah al-Harari al-Habashi dalam kitabnya Bughyah al-Thalib, halaman 233 mengatakan : “ Dimaafkan apa yang keluar daripada mulut bayi sama ada lelaki atau perempuan walaupun jelas yakin kenajisannya sebagaimana disebut oleh ibn Solah. Beliau (ibn Solah) mengatakan “ Dimaafkan apa yang keluar daripada mulut bayi walaupun sudah dikenal pasti bahan yang keluar tersebut adalah najis”.
Al-Dimyathi dalam kitabnya I^anah al-Thalibin, jilid 1, halaman 102 :
“Imam al-Ramli ditanya : Adakah dimaafkan payudara ibu yang menyusukan anak disebabkan terkena air liur bayi yang sedang menyusu padahal pada mulutnya masih ada najis muntah?. Jawabnya : ia dimaafkan daripada mulut kanak-kanak tersebut walaupun sudah dikenal pasti kenajisannya. Perkara ini sebagaimana penjelasan ibn Solah”.
Justeru, mulut bayi yang bernajis disebabkan keluar daripadanya muntah hukumnya dimaafkan kerana terdapat kesulitan untuk menjaga perkara tersebut. Ibu yang menyusukan tidak wajib membasuh payudaranya apabila terkena mulut bayi tersebut. Juga tidak mengapa mencium bayi tersebut pada mulutnya bagi memanifestasikan kasih sayang kepadanya walaupun ada basahan muntah yang masih melekat dan tidak wajib hukumnya membasuh mulut tersebut.
والله أعلم وأحكم
No comments:
Post a Comment