Monday, April 27, 2015

Kemusykilan Faraid

Soalan:  Assalmualaikum.
Bapa mertua saya telah meninggal dunia tidak lama dulu.
Ibu mertua saya telah menghadiahkan kain pelikat Arwah kepada saya.
Adakah boleh saya terima kain pelikat itu kerana bukankah itu adalah harta pusaka yang milik anak-anak arwah?

Jawapan:  بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Rasulullah Salla Allah Alayhi Wasallam bersabda :
مَنْ تَرَكَ مَالاً أَوْ حَقًّا فَلِوَرَثَتِهِ
Yang bermaksud,
“Sesiapa yang meninggalkan harta atau hak, maka ia adalah untuk ahli warisnya (setelah kematiannya)” HR al-Bukhari dan Muslim)
Harta pusaka hendaklah diagihkan kepada ahli warisnya setelah kematiannya. Harta pusaka tidak boleh dimiliki oleh seseorang yang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dan keizinan ahli waris. Jika saudara mendapat persetujuan ahli waris, maka saudara boleh menggunakan kain tersebut dan boleh memilikinya.
والله أعلم وأحكم

No comments:

Post a Comment